Tuesday, May 13, 2008

Projek Jubah Graduasi

Sudah menjadi tradisi untuk sebuah majlis graduasi itu disertai dengan suasana indah para mahasiswa dan mahasiswi memakai jubah graduasi masing-masing menerima segulung ijazah pada hari yang penuh bermakna bagi mereka.

Kita juga sedia maklum, malangnya universiti kita tidak menyediakan jubah graduasi untuk disewakan kepada bakal graduan.

Maka, Kelab UMNO Volgograd (KUV) rasa terpanggil untuk memenuhi tanggungjawab tersebut. Membeli jubah tersebut dengan duit kelab dan menyewakannya kepada bakal graduan yang berminat.

KUV bakal membelanjakan sejumlah wang besar untuk projek ini. Kos satu jubah bernilai 1280 RUBLE (harga semasa) dan KUV mungkin akan membeli dalam lebih kurang 60-70 set bergantung kepada bilangan sesebuah batch. Jumlah keseluruhan mungkin mencecah(89600 RUBLE= RM 12800)

Meskipun begitu, KUV adalah milik masyarakat Malaysia Volgograd. Maka adalah penting untuk memastikan duit yang diperuntuk untuk kelab ini, kami belanja pada tujuan yang sepatutnya. Maka, adalah amat bermakna bagi kami untuk mendengar pendapat anda semua tentang perkara ini.

Untuk itu, kami memohon kerjasama anda untuk mengundi 'poll' di atas bagi membantu kami untuk membantu anda. Sekiranya anda ada cadangan lain, anda boleh tinggalkan komen diruangan 'comment'

Sekian,
dan ucapan Terima kasih yang tak terhingga dari,


Presiden Kelab UMNO Volgograd
Mohamad Fadli bin Khairie

dan seluruh Ahli Jawatankuasa KUV