Saturday, September 9, 2006

Selamat Kembali

Assalamualaikum sebagai permbuka bicara. Semoga semua rakan taulan sihat-sihat hendaknya. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat kembali ke bumi Volgograd" tempat kita sama-sama menuntut ilmu.

Satu tahun yang baru, satu semester yang baru. Moga hendaknya ia bakal menjanjikan sesuatu yang baik dan kita sendiri menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.

Cabaran bakal ada, seolah-olah ia tidak yang boleh dielakkan. Namun, tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan. Kalau selama ini kita boleh tempuhinya dengan berjaya kenapa tidak setahun lagi dengan penuh keberanian. Sesungguhnya hidup dengan ketakutan samalah dengan tidak lansung hidup.

Periuk Nasi
Berkenaan dengan kelab pula, insyaAllah pelbagai aktiviti bakal menyusul. Untuk pengetahuan semua, di Hostel Hiroshima sudah pun mempunyai 2 periuk nasi besar yang mampu untuk memasak untuk lebih daripada 50 orang setiap satunya. Satu daripadanya merupakan hak milik Kelab UMNO Volgograd dan satu lagi merupakan hak milik PPIM Volgograd.Diharapkan dengan adanya kemudahan ini, melancarkan lagi penyelengaraan majlis kita.

Selain daripada itu, Kelab UMNO juga akan bekerjasama dengan PPIM Volgograd dalam merancang dan mengadakan akitiviti sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Bekalan Ayam
Bagi memudahkan lagi keadaan, adalah sukacita diberitahu bahawa stok ayam sudah mula boleh didapati di hostel Hiroshima. Jika ada mana-mana rumah yang ingin membeli terus di ‘Optovi rinak’ barangkali stok ayam masih ada banyak untuk diberikan kepada kita.

Pendaftaran
Kepada sesiapa yang ada memiliki masalah tentang pendaftaran, lebih-lebih lagi tidak sanggup untuk menyalin nombor-nombor akaun yang banyak bagi membayar visa di bank, boleh dapatkan borang yang sudah siap sedia terisi nombor-nombor tersebut daripada kami di hostel Hiroshima. Pastikan juga anda mempunyai 4 gambar hitam putih (untuk pendaftaran visa) dan sekurang-kurangnya 1 gambar berwarna untuk ‘student card’.

Yuran Asrama
Kepada semua pelajar-pelajar asrama yang ingin menjelaskan yuran asrama, bolehlah berbuat demikian pada hari selasa minggu hadapan bersamaan dengan 12 September 2006. Menurut apa yang diberitahu yuran asrama kekal dengan 700 Dollar untuk 10 bulan tanpa sebarang perubahan.

Status kelab
Satu lagi berita gembira untuk diumumkan, kelab kita sudah pun mendapat kelulusan penuh daripada Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara. Wakil daripada Kelab UMNO Volgograd telah pun membuat lawatan ke sana bagi menyelesaikan masalah pembukaan akaun dan penjelasan tentang sistem pengurusan kelab. Sejajar dengan perkara tersebut, kemungkinan besar dalam masa yang terdekat akan diadakan satu perjumpaan dengan semua ahli kelab. Satu laporan khas dengan perjumpaan wakil Kelab UMNO Volgograd dengan sekretariat akan disiarkan tidak lama lagi.

Kami sedaya upaya akan cuba membantu agar kehidupan kita semua di sini lebih mudah hendaknya. Akhir kata, selamat maju jaya dan semoga tahun pembelajaran 2006/2007 yang baru ini berjalan lancar dan diberkati Allah hendaknya.

Thursday, May 25, 2006

Laporan Kewangan Kelab UMNO Volgograd

Carta Pai Perbelanjaan untuk Acara Sukaneka dan BBQ

Pada mulanya, anggaran jumlah wang yang diperuntukkan untuk majlis sukaneka dan BBQ pada 8 Mei 2006, ialah 10 000 rub, namun akibat kenaikan harga ayam dan alatan kekal yang terpaksa dibeli, jumlah perbelanjaan menjadi 12 500. Setelah mengkaji dengan teliti, didapati perbelanjaan adalah dalam lingkungan memuaskan dan tidak terdapat sebarang pembaziran.
Baki kewangan kelab kini berjumlah 2050 rub dan masih terdapat ramai ahli kelab masih tidak menjelaskan yuran. Untuk rujukan, kini terdapat lebih 90 orang ahli yang mendaftar.
Diharapkan, kepada sesiapa yang masih belum menjelaskan yuran dapat melakukannya pada kadar segera sebelum cuti semester. Kami sedaya upaya akan meninggkatkan kualiti pengurusan kewangan kelab.
Sebarang cadangan atau komen boleh diajukan terus melalui email gizmo_pony@hotmail.com ataupun talian telefon +79178441315.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Khairul Mohd Khalid
Bendahari Kelab UMNO Volgograd

Saturday, May 13, 2006

Laporan Malam BBQ dan Sukaneka

Pada 9 Mei 2006 yang lalu telah diadakan acara tahunan julung-julung kali diadakan oleh Kelab UMNO Volgograd iaitu Malam BBQ dan sukaneka.

Aktiviti yang dinanti-nantikan ini memperlihatkan penglibatan seluruh warga Melayu dan bumiputera Volgograd yang rata-rata merupakan pelajar antara tahun pertama hinggalah tahun kelima. Acara ini diadakan di perkarangan Hostel Hiroshima yang sememangya menjadi tempat perkumpulan dan penganjuran aktiviti untuk pelajar-pelajar Malaysia Volgograd.

Meskipun keadaan cuaca yang agak dingin dengan suhu purata sekitar 15 darjah celcius beserta hujan renyai pada pagi itu. Namun, ia tidak meluntur semangat peserta untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Meskipun, 5 minit sebelum majlis bermula, ramai orang boleh dilihat telah pun memenuhi perkarangan Hostel.

Acara dimulakan dengan pengagihan peserta kepada 10 kumpulan. Sejurus selepas doa dibacakan, nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh bersemangat secara beramai-ramai.

Selepas taklimat sukaneka diberikan, acara sukaneka dimulakan. Beberapa pertandingan berjaya dilaksanakan antaranya ialah memenuhkan air dalam botol, membawa bola pingpong dalam sudu, membina kumpulan baru, meniup belon sampai pecah hinggalah ke acara mencari gula-gula tepung.

Acara ala-ala 'keanak-anakan’ sengaja dipilih agar dapat meruntuhkan rasa malu antara peserta, mewujudkan suasana ceria sewaktu aktiviti dijalankan seterusnya merapatkan ukhwah antara peserta. Penglibatan peserta adalah amat memberangsangkan. Riuh-rendah suara peserta ketika menyokong ahli masing-masing, keadaan yang hingar bingar ketika meraikan kejayaan mahupun gelagat peserta yang rata-ratanya mencuit hati nyata banyak menyumbang kearah keceriaan dan keseronokan majlis

Acara tersebut kemudian disusuli dengan santapan juadah BBQ. Rata-rata peserta berpuas hati dengan hidangan yang disediakan yang terdiri daripada sosej bakar, daging, sotong, nasi, ayam dan kek coklat. Sedikit pun tak terlihat rasa penat pada wajah peserta walaupun selepas berhempas-pulas dalam acara sukaneka.


Beberapa minit selepas itu, aktiviti diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi Kelab UMNO Volgograd, saudara Azzad Hamzah. Selain daripada ucapan terima kasih atas sambutan yang memberangsangkan daripada peserta, beliau turut menegaskan tentang peri pentingnya perpaduan antara seluruh warga Melayu Volgograd. Beliau turut menjelaskan tentang matlamat penubuhan kelab UMNO di Volgograd dan seterusnya menyeru kepada penyertaan seluruh warga Melayu Volgograd.




Acara ditutup dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang menang oleh pengerusi sendiri, saudara Azzad Hamzah diiringi oleh ketua projek Malam BBQ dan Sukaneka, saudara Khairul Mohd Khalid. Kumpulan 6 berjaya mengondol tempat pertama manakala tempat ke-2 dan ke-3 dimenangi oleh kumpulan 1 dan 2.

Rata-rata peserta ramai berpuas hati dengan aktivit yang dijalankan. Masing-masing pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan yang jelas terpancar daripada wajah peserta. Apa yang lebih penting ukhwah antara warga Melayu Volgograd berjaya dieratkan. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada hadapan.


Aktiviti ini pada sudut pandangan yang lain: