Thursday, April 9, 2015

Pertandingan Menyambung Pantun (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Bersempena Bulan Cakna Ilmu 2015, Kelab UMNO Volgograd (KUV) turut menjalankan Pertandingan Sambung Pantun.

Siapa sini hebat berpantun? Angkat tangan sikit! ;)

Kalau zaman kecil-kecil dahulu, dalam kelas Bahasa Melayu, siapa masih ingat cikgu suruh kita berpantun, reka pantun dan main balas-balas pantun? Lepas tu, siapa yang hebat, cikgu akan pilih masuk pertandingan wakil sekolah. Uishhh, bukan main seronok lagi masa tu! :)

Objektif pertandingan ini diadakan termasuklah mencungkil bakat pelajar Malysia Volgograd dalam berpantun disamping mengangkat kembali salah stu puisi melayu sejati ini.

Seperti biasa, para pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas dihantar ke page FB Kelab UMNO Volgograd - KUV.

Berikut merupakan poster-poster bagi pertandingan ini:

Untuk slot pertama : sila lengkapkan pembayang bagi setiap pantun.
Pemenang yang pantas dan tepat akan dipilih.

Untuk slot kedua : sila isi tempat kosong dengan
perkataan yang tepat bagi setiap pantun.
Pemenangnya... *drum rolls*

Johan: Anis Syakirah Azizol Rahman
Naib Johan: Chai Wan
Ke-3: Nurul Amirah Zakaria

Sekalung tahniah buat semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang bersungguh-sungguh menghantar jawapan anda kepada kami. Terima kasih!


Saturday, April 4, 2015

Pertandingan Tafsir Dialek (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia!

Bagi memeriahkan lagi Bulan Cakna Ilmu 2015, Kelab UMNO Volgograd turut membawakan kepada semua pelajar Malaysia Volgograd Pertandingan Tafsir Dialek!

Seperti pertandingan-pertandingan lain yang telah diadakan, pemenang turut dinilai berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas yang dihantar ke page FB Kelab UMNO Volgograd - KUV.

Objektif pertandingan ini ialah untuk menghayati kepelbagaian loghat atau dialek yang terdapat di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. The best of part of being home is to talk in your mother tongue. Selain itu, pertandingan ini dapat menggilap kembali loghat-loghat yang masih bersisa pada generasi muda kini agar tidak hilang begitu sahaja.

So this is when all the students can express their expertise in their own mother tongue. ;)

Berikut merupakan poster-poster bagi pertandingan ini:




Jutaan terima kasih buat semua peserta dan sekalung tahniah kami ucapkan buat para pemenang. Teruskan berbahasa dalam loghat masing-masing dan jangan pernah lupa bahasa ibunda kita. Raikan perbezaan, cari titik persamaan. Kita semua rakyat Malaysia!

"We understand the beauty of our mother tongue when we are abroad." - George Bernard Shaw

I couldn't agree more to this.


UPDATE: Pertandingan Debat (Bulan Cakna Ilmu) !

PERHATIAN!!!

Assalaumalaikum dan salam 1 Malaysia!

Dukacita dimaklumkan Pertandingan Debat ini yang sepatutnya diadakan pada 5hb April 2015, atas sebab-sebab tertentu terpaksa DITANGGUHKAN ke Jumaat nanti 10hb April 2015, semasa malam penutupan #BulanCaknaIlmu!

Harap maklum.