Wednesday, December 24, 2008

Pemegang Ekuiti Projek Jubah KUV

Dengan menjadi pemegang ekuiti Projek Jubah KUV

  • anda berhak mendapat peratusan keuntungan bersih setiap tahun daripada hasil penyewaan jubah graduasi berdasarkan kepada peratusan ekuiti anda
  • anda berhak terlibat dalam menetapkan polisi dan dasar penyewaan jubah graduasi di Volgograd

Syarat-syaratnya:

  • Ahli Kelab UMNO Volgograd
  • Keutamaan diberikan kepada tahun 4 dan ke bawah
  • Boleh memberikan komitmen dan berdedikasi dalam menjalankan tugas
  • Bersedia untuk terlibat dalam proses penyewaan, pengumpulan semula, pembersihan dan penyimpanan jubah
  • mempunyai Maybank2u yang aktif dan boleh membuat transaksi online
  • Minimum ekuiti yang boleh dipohon bermula daripada RM 1000 (satu ribu ringgit sahaja)

Sekiranya anda berminat, hantar email berserta dengan maklumat-maklumat berikut

  • Nama
  • Tahun Pengajian
  • No Telefon
  • YM/MSN id
  • Jumlah ekuiti yang ingin dipohon

Hantarkan ke umnovolgograd@yahoo.com

Sebarang pertanyaan boleh dihantarkan ke email yang sama.

Terima kasih, Harap maklum

Wednesday, December 17, 2008

Pilihan Jubah Graduasi





Volgo Style
Harga Sewa: 600-800 ruble (anggaran)
Harga Kos sehelai: 1400-1600 ruble (anggaran)
Kelebihan
  • Lebih Murah
  • Dibuat di Volgo oleh orang Russia sendiri
  • Jubah boleh diubah rekabentuknya mengikut citarasa kita

Kelemahan

  • Hanya pernah sekali membuat jubah graduasi (tahun lepas)















Cambridge Style


Harga Sewa: 800-1000 ruble (anggaran)


Harga Kos Sehelai: 2300 ruble


Kelebihan:
  • Dibuat oleh kilang, berpengalaman membuat jubah graduasi
  • Style dan reka bentuk menyamai standard jubah graduasi universiti di Eropah

  • Warna Hood 'Hunter Green' menyamai warna standard untuk perubatan seluruh dunia (gambar di atas hanya merupakan contoh)
Keburukan
  • Mahal










Tuesday, May 13, 2008

Projek Jubah Graduasi

Sudah menjadi tradisi untuk sebuah majlis graduasi itu disertai dengan suasana indah para mahasiswa dan mahasiswi memakai jubah graduasi masing-masing menerima segulung ijazah pada hari yang penuh bermakna bagi mereka.

Kita juga sedia maklum, malangnya universiti kita tidak menyediakan jubah graduasi untuk disewakan kepada bakal graduan.

Maka, Kelab UMNO Volgograd (KUV) rasa terpanggil untuk memenuhi tanggungjawab tersebut. Membeli jubah tersebut dengan duit kelab dan menyewakannya kepada bakal graduan yang berminat.

KUV bakal membelanjakan sejumlah wang besar untuk projek ini. Kos satu jubah bernilai 1280 RUBLE (harga semasa) dan KUV mungkin akan membeli dalam lebih kurang 60-70 set bergantung kepada bilangan sesebuah batch. Jumlah keseluruhan mungkin mencecah(89600 RUBLE= RM 12800)

Meskipun begitu, KUV adalah milik masyarakat Malaysia Volgograd. Maka adalah penting untuk memastikan duit yang diperuntuk untuk kelab ini, kami belanja pada tujuan yang sepatutnya. Maka, adalah amat bermakna bagi kami untuk mendengar pendapat anda semua tentang perkara ini.

Untuk itu, kami memohon kerjasama anda untuk mengundi 'poll' di atas bagi membantu kami untuk membantu anda. Sekiranya anda ada cadangan lain, anda boleh tinggalkan komen diruangan 'comment'

Sekian,
dan ucapan Terima kasih yang tak terhingga dari,


Presiden Kelab UMNO Volgograd
Mohamad Fadli bin Khairie

dan seluruh Ahli Jawatankuasa KUV