Tuesday, November 23, 2010

Wajah Baru

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas mencari masa untuk memantapkan blog UMNO, akhirnya jadi lah jugak, walaupun tak lah sampai tahap mantap mana pun. ok. anda semua boleh lihat di blog ini. sudah bertukar wajah nampaknya. maka dengan tu, kami ingin lah jugak memantapkan proses meng-update-kan blog UMNO, yang sudah berkurun lama tidak disinggahi manusia manusia Volgo nih.


Mari kita tinjau balik apa yang berlaku semenjak dua menjak ini di bumi volgograd ini. ya. masih panas lagi dengan sambutan hari raya aidil adha baru-baru ini. mesti ada dalam kalangan anda yang masih termimpimimpi daging korban hari tuh. sehingga bau pun masih lekat kat tangan (kantoi tak basuh. hish). lepas ni, boleh la mencaricari siapa pembuat gulai mantap tu. lepas tu mintak resepi.


Apa lagi yang berlaku ya? ha! isu pembubaran SPR juga banyak dinaikkan sejak dua tiga minggu lepas, tetapi semakin sejuk nampaknya akhir-akhir ni. alhamdulillah, dengan usaha saudara Azim, maka berlangsung lah satu mesyuarat bersama pelajar untuk menerangkan isu pembubaran SPR itu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, biarpun ada sedikit pertelingkahan kecil daripada pelajar-pelajar, tetapi keadaan masih boleh dikawal.



gambar hiasan. tiada gambar yang diambil semasa program berjalan. harap maaf.

Dan satu isu lagi yang agak panas, terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar scholar MARA, apabila mara mengambil langkah drastik yang menyebabkan kekurangan duit yang diperoleh tiap-tiap bulan (daripada jumlah rm1+++ kepada rm1+++ juga, tetapi lebih sedikit). apa yang telah berlaku? masing masing tidak tahu. diharapkan agar isu ini diterangkan oleh pihak MARA. insyaAllah.

setakat ini dahulu entry kali ni. insyaAllah diupdate lagi dari semasa ke semasa. 

wassalam alaikum, warrahmatullahi, wabarakaatuh.

Sunday, April 25, 2010

TENTATIF PROGRAM MALJIS SALAM MESRA DAN DEDICATIONS







MAJLIS SALAM MESRA


Khas bagi meraikan para pelajar tahun enam yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi.

Tentatif majlis:

v 9.30-10.30    Kehadiran para pelajar
v 10.30-10.35   Bacaan doa
v 10.35-11.05   Ucapan Presiden Kelab UMNO Volgograd
                 Amanat Terakhir dari Wakil Pelajar Tahun 6
v 11.05-11.20    Tayangan Slide Show
v 11.20-11.35    Persembahan Nasyid dari Neo-Ibtisan
v 11.35-12.10    Penyampaian Anugerah serta dedication
v 12.10-1.00    Salam mesra
v 1.00-1.15      Solat Zohor serta Solat Hajat Berjemaah
v 1.15-1.30      Juadah makan tengahari percuma serta istimewa

Tempat: Masjid Lengoranskaya
Tarikh: 1 May 2009

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
Sama-sama kita memeriahkannya


----------------------------------------------------------------------------------
BERSEMPENA DENGAN MAJLIS SALAM MESRA, KELAB UMNO JUGA ADA MENYEDIAKAN DEDICATIONS!!!!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat dedications kepada pelajar-pelajar tahun enam!!!

PELBAGAI CENDERAHATI DISEDIAKAN DGN HARGA YG BERPATUTAN.......CEPAT JGN LEPASKN PELUANG INI!!!!!
Lawati facebook Kelab UMNO Volgograd utk maklumat lanjut

1.           Kad dedikasi                 =   40 rub
2.         Gubahan aneka coklat   =   40 rub
3.         Jambangan Ferrero      =  100 rub

tempahan  dan bayaran boleh dibuat kepada wakil 
setiap batch:
tahun 1: husaini
tahun 2: nazmin
tahun 3: zulhilmi ismail
tahun 4: anuar hassan
tahun 5: uzair







kad 1


kad 2

kad 3

kad 4


kad 5


kad 6









Friday, April 16, 2010

Majlis Salam Mesra Pelajar Tahun 6


untuk melihat dengan lebih jelas, sila klik poster tersebut.harap maklum.