Thursday, February 14, 2008

Upin, Ipin dan Program Celikkan Hatimu

Upin: Eh kau ada dengar "Program Celikkan Hatimu"?

Ipin: Oh, program Kelab Umbo Volgograd, aku baru bersembang dengan presiden pasal itu tadi.

Upin: Apa sebenarnya program ini? Kenal Asal Usul, Tahu Arah Tuju? Apa sebenarnya itu?

Ipin: Program ini fokusnya pada kesedaran dan kefahaman. Kiranya, melalui program ini kita sedar sebenarnya kenapa kita di sini dan apa sebenarnya yang kita perlu buat?

Upin: Oh, kiranya ini macam program motivasi lah ye?

Ipin: Ya dan tidak. Lebih tepat lagi, program ini bukan bercakap tentang perkara teori, tetapi kita beri realti semasa.

Upin: Oh, macam menarik. Aku ada dengar juga yang program bakal bincang pasal sejarah Islam

Ipin: Betul juga itu, kenapa?

Upin: Kalau begitu, bosanlah! Siapa juga suka subjek sejarah

Ipin: Eh, kita belum tahu lagi! Lagipun sejarah dalam program ini bukan fakta yang ditekankan tetapi iktibar dan mesej disebalik peristiwa tersebut

Upin: Oh, macam mana tu?

Ipin: Kita rasakan bagaimana pengorbanan yang Rasullah lakukan, kegigihan para sahabat dan kegemilangan kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah. Kita menangis dan gembira sepanjang peristiwa sejarah Islam ini dipertontonkan pada kita. Takkah benda ini lain?

Upin: Oh! Terasa pula hendak menyertai

Ipin: Baik cepat, tempat yang ada terhad!

Upin: sebelum tu, bila dan di mana ya?

Ipin: Eh takkan tak baca poster: Sabtu 23 feburari 10 pagi, Hostel Hiroshima

Upin: Kena bawa apa2?

Ipin: Bawa Pen, Tafsir Quran dan Duit kalau hendak menderma

No comments: