Tuesday, April 1, 2008

Projek KAMIL (Ke Arah Melahirkan Insan Luhur) MISI 1 (Perpaduan Kemuafakatan dan Integrasi Komuniti)

MISI 1: Perpaduan, Kemuafakatan dan Integrasi Komuniti

Konsep 3S: Senyum, Sapa dan Salam

Saya pasti konsep ini telah lama diketahui oleh semua kita di sini semenjak kali pertama kita menjejakkan kaki ke bumi Volgograd. Ini pesanan yang diingatkan abang-abang dan kakak-kakak kita dan ianya telah pun menjadi budaya yang telah tersemat di hati kita semua. Maka adalah amat diharapkan kalau kita boleh mempertahankan suasana mesra ini: Apabila berjumpa kita senyum, kemudian menyapanya dan memberikan salam atau ucapan selamat

Pengabungan

Komuniti Volgograd bukanlah satu komuniti yang besar namun keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perpaduan antara kita. Bagi menunjukkan kesungguhan organisasi-organisasi yang wujud di Volgograd ini (KUV, PPIM, MSA) terhadap perpaduan ini maka telah berlaku pengabungan dari segi beberapa Biro:


Biro Kebajikan PPIM bergabung dengan Biro Kebajikan KUV
Biro Communication, Information and Source PPIM bergabung dengan Biro Informasi dan Komunikasi KUV (penghasilan Milestone)

Selain itu juga, ini dapat menjimatkan tenaga kerja dan sumber yang ada seterusnya membolehkan kita menumpukan pada matlamat yang sama

Kerjasama

Melalui hal yang lain pula,KUV bersedia untuk berkerjasama dalam beberapa projek yang dirasakan boleh di buat usaha sama antara ketiga-tiga organisasi ini. Ini dapat dilihat pada beberapa acara yang telah pun berlansung kebelakangan ini

Sambutan Jom Raya (Kerjasama KUV dengan PPIM)
Program Celikkan Hatimu (Kerjasama KUV dengan PPIM)
Malaysian Indoor and Recreational Community (Kerjasama KUV dengan MSA)
dan pelbagai lagi aktiviti akan datang.

Bagi kami, sumber dan keupayaan yang kami ada bukanlah milik kami tetapi hak komuniti untuk dimanfaat ke arah sesuatu yang lebih baik terutamanya bagi mempertahankan keharmonian kita.

Katakan Tidak pada Mengumpat dan Fitnah

Setelah lama, komuniti Malaysia bertapak di Volgograd ini. Kita dapat melihat sendiri bagaimana budaya mengumpat dan berbuat fitnah telah beberapa kali telah menganggu gugat dan mengoncang keharmonian kita bersama.

Maka KUV menyatakan pendiriannya dan menentang keras terhadap budaya Mengumpat dan Fitnah ini. Kita perlu sedar terhadap setiap apa yang kita katakan dan kesannya terhadap komuniti ini. Malah kami sendiri mengharapkan kalau pun ada perselisihan faham, maka gunakanlah saluran yang betul.

Sekiranya ia melibatkan soal organisasi dan pemimpin-pemimpin antara kita; daripada kita mengheboh-hebohkannya dikhalayak ramai dan mengajak mereka memilih pihak maka lebih baik diadakan perjumpaan tertutup dan bersemuka.

Ziarah dan Prihatin

KUV juga memberi sokongan yang baik terhadap budaya-budaya yang wujud seperti ziarah-menziarahi antara rumah ke rumah (dengan mengikut lunas-lunas agama dan adab-adab pergaulan), sikap prihatin kita terhadap mereka yang sakit, memberi pertolongan kepada mereka yang ditimpa kesusahan, khairat kematian dan sebagainya yang membantu untuk membentuk komuniti Malaysia Volgograd menjadi sebuah yang prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain

Komuniti Malaysia Volgograd mungkin tidak memiliki segala-galanya tetapi dengan apa yang kita ada, kita bersyukur, berbangga dan pertahankan sedaya upaya kita. Ingatlah bahawa inilah komuniti yang kita bentuk bersama dan Keharmoniannya bergantung kepada setiap daripada kita. Di Volgograd, setiap anda menyumbangkan sesuatu dan setiap dari kita diambil kira.

No comments: