Tuesday, May 13, 2008

Projek Jubah Graduasi

Sudah menjadi tradisi untuk sebuah majlis graduasi itu disertai dengan suasana indah para mahasiswa dan mahasiswi memakai jubah graduasi masing-masing menerima segulung ijazah pada hari yang penuh bermakna bagi mereka.

Kita juga sedia maklum, malangnya universiti kita tidak menyediakan jubah graduasi untuk disewakan kepada bakal graduan.

Maka, Kelab UMNO Volgograd (KUV) rasa terpanggil untuk memenuhi tanggungjawab tersebut. Membeli jubah tersebut dengan duit kelab dan menyewakannya kepada bakal graduan yang berminat.

KUV bakal membelanjakan sejumlah wang besar untuk projek ini. Kos satu jubah bernilai 1280 RUBLE (harga semasa) dan KUV mungkin akan membeli dalam lebih kurang 60-70 set bergantung kepada bilangan sesebuah batch. Jumlah keseluruhan mungkin mencecah(89600 RUBLE= RM 12800)

Meskipun begitu, KUV adalah milik masyarakat Malaysia Volgograd. Maka adalah penting untuk memastikan duit yang diperuntuk untuk kelab ini, kami belanja pada tujuan yang sepatutnya. Maka, adalah amat bermakna bagi kami untuk mendengar pendapat anda semua tentang perkara ini.

Untuk itu, kami memohon kerjasama anda untuk mengundi 'poll' di atas bagi membantu kami untuk membantu anda. Sekiranya anda ada cadangan lain, anda boleh tinggalkan komen diruangan 'comment'

Sekian,
dan ucapan Terima kasih yang tak terhingga dari,


Presiden Kelab UMNO Volgograd
Mohamad Fadli bin Khairie

dan seluruh Ahli Jawatankuasa KUV

9 comments:

Anonymous said...

aku rase klo umno wat utk ahli je la pakai..untuk ahli je la pinjam...klo bukan ahli nk sewa baya mahal2...

klo xnak camtu...
soh persatuan pelajar sini wat..

kite kan ade persatuan tu?

Mohafiz MH, M.D. said...
This comment has been removed by the author.
Mohafiz MH, M.D. said...

MSA takde duit nge..jual beger banyak2 pun belum tentu cukup duit nak support..eheh

Anonymous said...

jual burger tu mmg konfem xckop nk sponsor mnde tu...

jual tiap2 mnggu smp aku grad pon xckop..

tp jubah tu untuk sume msians kan..patut la klo MSA yg handle..

cthnye wat kutipan ke..carik sponsor ke...

buleh punye...

Mohafiz MH, M.D. said...

hm..ok gak idea tu..kena jumpa,cakap kat pres a ni..dari umno dah boleh dapat dekat 13000 dah..

Anonymous said...

klo umno da bg 13k da ckop da...
13k ko ckp tu rm ke rubel? klo rm da ckop da...

zyryx said...

wat la joint venture klab2...satu2 klab susah nak kumpul duit.MSA,KUV,PPIM patut ada cara masing2 nak dptkn duit/ sponsor..
klu MSA atau KUV sanggup kuar sdiri pun orait je, asalkan jalan..
klu nak letak badge ke ape pun takpe, janji sponsor...klu korg tak wat.aku nak offer sesiape nak beli jubah dari aku, contact aku kang k..hehe

Anonymous said...

Baik KUV beli then bagi sewa. At least duit sewa tue leh cover kos simpanan & nak basuh lepas student guna, ok la. Charge dalam RM 100 pon ok pe. Leh wat khidmat fotografi g, pakej..

david santos said...

I loved this post and this blog.
Have a nice day.