Sunday, December 16, 2012

Demi masa…..

Posted by Wazien Ahmad On 4:09 PM No comments

              



          Assalamualaikum dan salam sejahtera.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr:“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”

Sesungguhnya amatlah rugi bagi mereka yang mengabaikan masanya.Jangan menyesali masa yang lepas,tetapi perbaikilah dan hiasilah ia agar lebih bermanfaat.Terutama sekali kepada rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan.Jadi,pengurusan masa amatlah penting pada saat ini.

Dengan ini,disertakan tip-tip pengurusan masa yang berkesan dan efektif:

1) Set Matlamat dan strategi
2) Fokus matlamat .
3) Buat Jadual masa.
4) Kenalpasti tugas utama 
5) Mewujudkan sistem pemfailan
6) Realiti Pengurusan masa kita
7) Kerjasama dalam kumpulan
8)Rancang Kehidupan harian
9)Selesaikan tugas hari ini
10)Guna perang psikologi untuk motivasi

Akhir sekali,jangan lupa bermunajat kepada Allah swt agar Dia sentiasa mempermudahkan urusan kita dan memperlancarkannya.

Mudah-mudahan usaha kita diredhai-Nya dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.

Akhir kata,selamat menjalani peperiksaan dan semoga Berjaya dengan cemerlang.wassalam..


credits : Biro Kerohanian Kelab UMNO Volgograd

0 comments: